Bridging Program 4 Minggu





Assalamualaikum. Hai, lamanyaaaaaa Farah biarkan blog ni berhabuk. Hal ini dah menggalakkan sang laba-laba datang ke sini untuk BERSARANG DAN BERKELUARGA!!! okay mengarut

Disebabkan ada someone yang rupa-rupanya dah baca tulisan Farah kat dalam blog ni, dan dia suruh Farah update maka hari ini Farah kuatkan semangat jugak untuk update. dia siap kata "carilah ilham wat blog" okay rasa terharu dan dihargai hehe. ish ish ish, tak patut tak patut, tunggu orang suruh baru nak update? dah macam tukul dengan paku! diketuk baru mahu masuk

Actually, beberapa minggu ni, I mean, nak dekat sebulan or lebih sebulan??? Farah busy dengan aktiviti outdoor. Lepas Farah tolong makcik jaga kedai vendor, Farah terus masuk aktiviti college. Kitorang ada Bridging Program selama 4 minggu, dan akan berakhir pada minggu depan. 

Okay, apa itu Brdiging Program? Secara bahasa kamus, bridging itu merapatkan. maknanya, farah hadir sesi perkenalan selama 4 minggu. bukan orientation program taauu. sebab kitorang akan ada orientasi di hari lain. Selama 4 minggu ni, setakat ni macam-macam juga perkara yang Farah pelajari. Tentang tips & tricks search engine yang belum kami tahu, especially Farah baru tahu yang Malaysia pernah ada Engine search sendiri!! omo omo.. kalau dulu, cari.com klu sekarang tak sure still ada or memang dah tenggelam di bawa arus ombak, cewah! korang trylah linkkan cari.com okay ;)

then, mengenal rakan-rakan baru itu sudah pasti. Farah dapat berkenalan dengan bakal coursemate yang berbeza-beza umur! guess what, I'm a younger between my coursemate huuhu dan Farah amik B.ED *bukan katil*. kitorang juga diajar tips mengambil gambar yang cantik seperti photographer. dan paling farah tunggu-tunggu, our next aktiviti pada minggu depan, kitorang akan hadir seminar tentang e-rezeki. pernah dengar e-rezeki? takpe, lepas hadir program itu nanti, farah akan perkenalkan pula pada korang :) 



oh, sebelum Farah akhiri, macam mana dengan student yg telah melalui orientation as a Pre-U student? Ready untuk memilih STPM? Dah pilih course? Selamat memilih dengan jayanya :) Jangan pilih ikut kawan. Jangan pilih mengikut latar belakang keluarga. I mean, jika abang kakak korang dulu science stream student, tak semestinya korang wajib amik course science jugak. Pilih yang korang rasa boleh 'angkat' dan korang boleh enjoy tanpa terpaksa. jangan lupa jugak cari gali tentang kerjayanya. tapi kalau hasrat untuk amik Science itu datang dari diri korang sendiri, why not? :)

buat student yang tak mahu masuk Pra-U amik STPM, nak amik Diploma or Foundation, khususnya di Sabah, Sidma College, Unitar College & CUCMS juga akan mengalu-alukan kedatangan korang. if korang perlukan bantuan, sure Farah akan bantu dari awal korang masuk hingga pendaftaran hinggalah ke tempat mengurus tempat tinggal :) Venue? Terletak di Jalan Bundusan, KOta Kinabalu :) let's we keep in touch mawarputih060@gmail.com :)) 

STAD activity






so, mana yg baik datangnya dari Allah S.W.T mana yg buruk datang dari diri Farah sendiri. Tunggu my next entry taauu! :)

2 comments: