KENAPA UJIAN TAK PERNAH TAK PAHIT



Assalamualaikum. Hai reader, sihat tak? So, kenapa ujian tak pernah tak pahit. setiap ujian tak pernah ada yang manis. Kecuali ujian bila korang dah tau soalan yg akan keluar dan korang just hafal jawapan then, bom! semua jawapan korang betul then get full mark. wowww yg tu manis


So, kenapa ujian tak pernah tak pahit. Memang dalam hidup ni, semua orang pernah dan pasti akan lalui ujian. Cuma, ujian yang dilalui itu berbeza-beza tak kiralah yang muda atau pun yang tua. yang kanak-kanak hinggalah warga tua. even baby pun ada ujiannya tau.

Kadang-kala kita puas bertanya sendirian kenapa aku yg dipilih untuk ujian seberat ini. kenapa aku harus melalui detik-detik yg begitu merundum jiwa, menjatuhkan aku. Puas berfikir mencari jawapan. tetap tak jumpa. jiwa semakin parah, hati semakin sakit adalah. Nak bangkit semula tapi payah bila mengenangkan laluan hidup yg penuh onak duri. Ditambah lagi dengan insan-insan sekeliling yang hanya menyesakkan jiwa.




Tahu tak, ujian-ujian itu Allah yang kurniakan buat kita. buat semua hambanya. Allah tak main suka-suka je nak bagi ujian. ha ujian ni bagi kat orang tu, ujian tu bagi kat orang tu NO. Allah tahu kemampuan diri kita. Kita tak kenal siapa diri kita, kekuatan kita, kebolehan kita tapi Allah tahu. Allah kenal kita. Allah tahu sangat siapa diri kita. Allah tahu.. once kita ditimpa ujian yg begitu membebankan hingga kita merasakan tiada lagi cahaya dalam kehidupan, ambil masa sejenak, biarlah bersendirian dan cuba muhasabah. Pasti ada sebab Allah menguji. Berdiam, bertenang, cari ketenangan, kosongkan minda, kosongkan fikiran, kosongkan hati. Cuba fikir sejenak. dan dekatkan diri padaNya. Sungguh Dia akan membukakan jalan buat kita dan beritahu kita ini hikmahnya kita diuji. Ini sebabnya kita diduga dengan pelbagai cara. Dan perlahan-lahan, bangkitlah dari kejatuhan. bangunlah dari kegagalan. bebaskan perasaan dari kekecewaan dan kemarahan. Ambil iktibar dan jadikan sebagai dorongan. Masih ramai orang di sekeliling yang mahu lihat kejayaan kita, yang mahu lihat kita bahagia, yang menyayangi dan mencintai kita.

Farah petik kata-kata ini daripada rakan blogger, dan farah rasa tenang bila baca kata-kata ni.


Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan. 




Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Farah selalu terfikir bila hari ini Farah bersedih, InshaAllah pasti malam nanti atau esok atau hari berikutnya akan ada sesuatu yang membuat kita tertawa. Akan ada seseorang yang membuat kita gembira.

Orang kata, jika kita percaya bahawa selepas hujan, adanya sang pelangi, pasti selepas kesedihan dan kepahitan akan ada kebahagiaan dan kemanisan.

Now, siapakah insan yg menjadi penaik semangat korang disaat korang jatuh? Siapakah insan yg menjadi sebab untuk korang bangkit semula? Hargailah mereka sepenuhnya :) Salam sayanggg.

Mana yg silap, harap diperbetulkan. Mana yg baik datangnya daripada Allah S.W.T dan mana yg buruk datangnya dari diri Farah  sendiri. Thank you sudi membaca dan wait for my next entry!  

Qoutes dipetik daripada blog Cik Affriena Zubil :)

4 comments:

  1. Ujian untuk menguatkan kan huhu :') Dah lama tak datang sini heeheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul tu, Syara. hehehe ujian menguatkan dan mematangkan diri kita :)

      Delete
  2. jmput join sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete