Showing posts with label penjagaan kulit. Show all posts
Showing posts with label penjagaan kulit. Show all posts

PRODUK SCINCARE PALING SESUAI

Assalamualaikum gais. Tahu takk, Farah tengah dalam dilema tentang produk scincare yg mana paling sesuai untuk kulit wajah Farah. 

Korang gunakan produk scincare apa sekarang ini? Berkesan dan memuaskan hati tak? 

Kulit wajah Farah sangatlah kering dan juga sensitif. Biarpun tak banyak jerawat tapi kaya dengan whitehead/blackhead. ha nampak? perkataan kaya tu.

Geram sangat blackhead/whitehead tak mahu hilang. Sebelum ni, lepas pakai mask, hilang juga sehari dua. lepas tu dia datang lagiii! selalunya dekat atas dagu, hidung, pipi dan juga atas bibir. Serius tak tahu macam mana nak hilangkanya. 


gambar wajah Farah sewaktu tumbuh jerawat kecil di pipi. ada je blackhead/whitehead tu, tapi dia malu-malu meow. taknak tunjuk muka



Sebelum ni, dah jumpa produk yg berkesan seawal seminggu. sangat-sangat berkesan. kulit jadi licin je. Semut pun suka nak lalu-lalang ecehh. tiba-tibalah pula dapat khabar yg produk itu tak selamat dipakai kerana mengandungi banyak bahan kimia oh tidakk.

Orang kata, better pakai produk yang dijual di kedai seperti watson, guardian, etc.. tak tahulah kan sebabnya apa. tapi Farah tak tahu nak pakai produk scincare yang mana yang ada dijual di kedai-kedai tu. Sebelum ini, Farah pernah ditawarkan untuk jadi Beauty Consultant bagi produk MaryKay. Teringin juga tapi bajet takdaaa. mahal sangat bagi Farah yg student ni

Patut ke berbalik semula pd Garnier? atau ada produk scincare lain yg lebih recommended? Untuk kulit macam Farah yg kering dan sensitif ni. Hmmm


Image result for garnier malaysia

Image result for garnier malaysia