BANYAK KELEBIHAN PRA-UNIVERSITI



Assalamualaikum. Hari ni hari keputusan SPM keluar kan? Tak sangka, Fara dah 3 tahun meninggalkan SPM. Sebenarnya, dalam konten ini, Farah nak lah selitkan sekali luahan hati yang dah lama termendap. Tapi InshaAllah tak akan meletus macam gunung berapi. hahaha jap. hati ada lava tak? hahahahaha ok cukup.

Kisah Farah sebagai lepasan SPM. Dulu.., eceh. Farah buka cerita ya. hehe

Dulu lepas Spm, Farah ditawarkan sambung belajar di dua tempat iaitu Politeknik Kota Kinabalu dan satu lagi di salah sebuah IPT di Pahang. Di Politeknik, Farah ditawarkan course Marketing iaitu minat Farah dan di IPT di Pahang, adalah dalam bidang Syariah. Oh,satu lagi di IPTS *maaf, dah lupa la* dalam course Metodologi *aduh. kalau tak silap lah. dah lupa lah!! sobsob* dan juga tawaran sambung belajar ke Pra-Universiti.  (Ambil STPM)

So, masa tu puuunyalah hati senang! Snap surat tawaran dan hantar ke group Whatsapp. 

"wah, tahniah!"

"Cangratulations Farah!!"

"Thank you, thank you.."

TAPI. Tak lama lepas tu, Abah pula dinaikkan pangkat dan dipindah ke kawasan lain yang jauhhh dari tempat tinggal. Untuk pergi ke sana mengambil masa 8 jam!! Iaitu di, Tawau  Sabah. Bermulalah kisah di mana Farah TERPAKSA TOLAK SEBULAT-BULATNYA tawaran yang lain dan hanya terima tawaran Pra-Universiti di sekolah yang berhampiran. *Serius memang hampir. sebelah rumah ja.* Sebab mama akan tinggal sorang dekat rumah. Farah rasa, ini satu pengorbanan yang Farah buat untuk keluarga Farah.

So, atas pencerahan dari abah dan pacik Farah, Farah just terima. Farah tak buat apa-apa keputusan. Kata setuju pun tidak, tak setuju  pun tidak. Ramai orang taknak masuk Pra-U sebab taknak ambil risiko. Kata mereka lah. Terus terang dari hati, bila dah masuk, hati Farah seakan tidak setuju. Bukan sebab apa. Kes jealous dengan budak Universiti hahahaha. Lepas dah lalui semester 1, rasanya memang Farah tak mampu nak angkat. Sebab 2 subjek je yang credit. Dua lagi sangkut. Disebabkan dua ni lah, pointer keseluruhan tak mencapai 2.00. Selepas semester 3 *habis semester* Farah dah lalui sedikit demi sedikit peningkatan. Dengan bantuan abah juga, Farah dah mampu mencapai target. Alhamdulillah result Farah, Farah layak memohon di IPTA.



Farah nak simpul ikat tepi lah kan kat sini, actually masuk Pra-U ni memang saaangat menguntungkan. Kenapa?

Sebab kenapa Pra-U menguntungkan/ kelebihan STPM:

First, STPM memang setaraf dengan DIPLOMA dan Diiktiraf oleh banyak Universiti antarabangsa. Setaraf ANTARABANGSA.

Kedua, Pra-U boleh jimat dari segi masa. Korang cuma ada tempoh pengajian selama setahun 6 bulan sahaja. Bayangkan 18 tahun korang ambil Pra-U, tamat pengajian umur korang 19. Korang ada cuti yang panjang dan umur 20 tahun korang dah boleh ambil DEGREE!!

Ketiga, jimat dari segi wang ringgit. Dengan Pra-U tidak sampai pun beribu-ribu. Hanya berbelanja untuk yuran *depends pd sekolah*, buku nota dan kalau ada seminar-seminar teknik menjawab. Boleh dikatakan Zero Cost.

Keempat, Berpeluang untuk kerja. Sama macam Diploma, keputusan STPM layak memohon pekerjaan jika korang tak mahu sambung Degree. So taraf pekerjaannya, jawatan lebih  tinggi daripada jawatan yg cuma ada SPM.

Kelima, paling disukai ramai. Korang boleh dapat baucer sebanyak RM250 seperti kat Universiti. Dengan baucer tu, korang boleh beli buku nota, calculator, alat tulis, kamus dan banyak lagi. Jimat tak?

Keenam, kerja kursus. Dengan adanya markah kerja kursus yg dinilai guru sendiri, korang berpeluang menyelamatkan pointer. Dengan syarat, buat siapkan seperti yang diarahkan dan hantar. Kalau cikgu kata, buat pembetulan, korang  KENA buat. Sering lah berjumpa guru, tanya itu ini. Diorang takkan marah.sebab ini juga dikira markah. InshaAllah, korang boleh dapat Gred A dan ditambah dalam pointer keseluruhan.

Ketujuh, pakaian bebas. Dulu, korang kena pakai pakaian seragam sekolah. Sekarang,cuma pakai pakaian formal seperti di mana-mana universiti.

Kelapan, ULANG SUBJEK GAGAL atau TIDAK MEMUASKAN. Misal kata, dalam setiap semester, keputusan korang bagi satu-satu subjek gagal atau kurang memberangsangkan, korang boleh ulang semula selepas STPM semester 3. Cuma bermula tahun lepas, cuma STPM semester 3 sahaja tak boleh diulang.

Kesembilan, TERUS MASUK DEGREE. Selepas pengajian korang selama setahun 6 bulan tu, korang boleh terus apply dekat mana-mana IPT untuk ambil DEGREE. So macam yang Farah cakap tadi, kat sini untung dari segi masa dan wang.


Banyak lagi sebenarnya. Tapi cuma sembila jelah yang terlintas di benak fikiran Farah setakat ini. Apa-apa pun, setiap keputusan berada di tangan korang. Korang bijak membuat pilihan untuk masa depan :) So, mana yang buruk datangnya dari diri Farah sendiri, mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T Wassalam. Thank you!! Tunggu my next post ya!

2 comments:

  1. assalam. sha pun bekas buat prau. hehe jom singgah blog sha http://shafyqahazahar.blogspot.my/2017/03/whats-in-my-phone.html

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,yeyyy!! Sure! Confirm singgah :) Thank you Shaa sudi singgah & follow belog CahayaFarah :)

    ReplyDelete